Kajian ini telah dijalankan oleh sekumpulan pelajar semester 2 dan 3 yang mengambil
kursus Pengurusan Pembelajaran KPS3014. Tugasan ini adalah projek berasaskan
sekolah dimana pengkaji ditugaskan untuk membuat penelitian atau kajian mengenai
salah satu tajuk di bawah kursus Pengurusan Pembelajaran KPS3014. Pengkaji telah
membuat keputusan untuk memilih tajuk ’Sekolah dan Persekitaran’ sebagai fokus
utama dalam melaksanakan projek berasaskan sekolah. Pelaksanaan projek ini pada
awalnya memerlukan pengkaji untuk turun padang membuat pemerhatian berkenaan
dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan tajuk ’Sekolah dan Persekitaran’. Namun
demikian itu, pengkaji mengalami beberapa kekangan untuk melaksanakan tugasan
dengan jayanya disebabkan oleh faktor pandemik COVID-19 yang tular pada
kebelakangan ini. Pengkaji telah membuat keputusan untuk mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan itu sebagai langkah
berjaga-jaga pengkaji bersetuju untuk menjalankan kajian ini melalui tinjauan internet,
soal selidik dan perbincangan berkumpulan.
DEFINISI SEKOLAH
- Tempat untuk menerima dan memberi pelajaran mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).
- Sekolah mempunyai banyak peringkat pendidikan iaitu dari tahap pra sekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.
- Menurut Norazlinda Saad dan Surendran Sankaran (2000), sekolah ialah institusi pendidikan formal di mana sikap atau tingkah laku pelajar boleh dididik serta fikiran mereka boleh diubah agar dapat melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi rohani dan mental.
DEFINISI PERSEKITARAN
- Kawasan sekitar yang berdekatan sekolah tersebut.
- Persekitaran juga merujuk kepada suasana yang kondusif dan sesuai untuk murid belajar di sekolah kerana salah satu aspek yang mampu mempengaruhi perkembangan pelajar.
- Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah seperti reka bentuk bilik darjah, kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, kemudahan di pusat sumber, kantin dan sebagainya.
- Suasana fizikal bilik darjah yang selesa dan kondusif adalah salah satu cara yang mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
DEFINISI MASYARAKAT
- Menurut Ralph Linton (1968), masyarakat merupakan setiap kelompok atau kumpulan manusia yang hidup dan bekerjasama sekali sehingga mereka dapat mengatur diri sendiri dan menganggap diri mereka sebagai satu kesatuan sosial dengan batas-batas yang telah digariskan dengan jelas.
DEFINISI PIBG
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
- Ditubuhkan agar dapat merapatkan lagi hubungan antara guru, ibu bapa, warga sekolah, masyarakat dan pelajar.
- Salah satu peranan PIBG adalah mereka mampu saling bertukar pendapat dalam bekerjasama menyelesaikan masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah.
Objektif Kajian
- Mengenal pasti hubungan antara faktor dalaman sekolah dan peranan guru.
- Mengkaji hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.
- Mengenal pasti peranan PIBG dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Halaman yang seterusnya seperti yang berikut::
1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
2.0 TINJAUAN BACAAN
3.0 TEORI SEKOLAH DAN PERSEKITARAN DAN METODOLOGI
4.0 DAPATAN KAJIAN
5.0 ANALISIS KAJIAN
6.0 RUMUSAN
2.0 TINJAUAN BACAAN
3.0 TEORI SEKOLAH DAN PERSEKITARAN DAN METODOLOGI
4.0 DAPATAN KAJIAN
5.0 ANALISIS KAJIAN
6.0 RUMUSAN
NURUL AMISHA MUHAMAD RODZI
D20191088429
GROUP R (KPS 3014)
No comments:
Post a Comment